Islam terus jadi taruhan tarik undi Melayu

AKHIRNYA, bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menubuhkan parti baharu, Gerakan Harapan Baru dengan tujuan menyelamatkan Pakatan Rakyat dan sudah pasti beliau akan dipilih menjadi presidennya, sesuatu yang gagal dilakukan dalam parti itu selama ini. Keputusan itu dibuat selepas Majlis Syura Ulama secara rasmi memutuskan tali persahabatan atau tahaluf siyasi dengan DAP, ikatan yang dibina sejak 2008 dengan tujuan paling utama adalah untuk menumbangkan BN dan Umno sekali gus merampas Putrajaya. Dengan berbekalkan 18 pemimpin PAS yang dilabelkan sebagai golongan Anwarinas, Erdoganista atau Melayu progresif, Mat Sabu dengan jelas meletakkan dasar parti baharu berkenaan

Read more

Aidilfitri Terus Disambut Meriah Namun Perpaduan Kaum Malaysia Semakin Merosot

ESOK (Jumaat), umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436H dan seperti kebiasaannya perayaan ini turut disambut meriah oleh kaum lain di negara ini, sama juga ketika kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina, kaum India menyambut Deepavali, Hari Gawai di Sarawak serta Pesta Kaamatan di Sabah. Namun beberapa hari sebelum umat Islam negara ini menyambut perayaan Aidilfitri, rakyat dikejutkan dengan insiden di Plaza Low Yat yang pada mulanya hanyalah sebuah jenayah jalanan (mencuri telefon bimbit) tetapi bertukar menjadi satu rusuhan kaum hingga mengejutkan pelbagai pihak ketika umat Islam sewajibnya sibuk merebut peluang melakukan ibadah pada bulan Ramadan. Apa

Read more

Gagal Fahami Perubahan Orang Melayu Kelemahan Utama Umno Ketika Ini

SEDAR atau tidak, semua parti politik di Malaysia menyedari betapa mereka memerlukan undi daripada kaum Melayu dan Bumiputera yang menjadi penentu kepada kuasa untuk memerintah negara ini. Ini kerana dengan bilangan kaum Melayu dan Bumiputera yang melebihi 60 peratus daripada kira-kira 30 juta bilangan rakyat di negara ini, mana-mana parti politik tidak akan sekali-kali berani mengabaikan hak dan tuntutan orang Melayu serta Bumiputera. Atas sebab itu, formula perkongsian kuasa antara kaum yang digunapakai Barisan Nasional (BN) dengan ditunjangi Umno terus menjadi kaedah terbaik semenjak 13 kali Pilihanraya Umum (PRU) dilangsungkan di negara ini. Walaupun, gabungan pembangkang melalui penubuhan Pakatan Rakyat

Read more

Meminjam Daripada Generasi Masa Depan Bukan Model Sebenar PFI

AKHIRNYA pada 16 Jun 2015, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia berjaya membentangkan Laporan Berhubung Prosedur Kawalan Pengurusan Syarikat Pembinaan PFI Sdn Bhd yang sebelum ini digembar-gemburkan pembangkang menanggung hutang sehingga RM27.862 bilion. Malah lebih buruk lagi, persepsi terhadap syarikat ini digambarkan menanggung hutang sehingga boleh menjadi seperti syarikat 1MDB yang kini sedang berhadapan dengan prosiding PAC berhubung kawalan tadbir urusnya. Syarikat Pembinaan PFI ini sebenarnya, mencuri perhatian apabila ia dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 (siri 3) sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mempunyai liabiliti tinggi sedangkan, tidak banyak diketahui mengenai peranan dan fungsinya selama ini. Berikutan itu,

Read more

Berakhirnya Pakatan, Mimpi Indah Atau Ngeri Buat Umno

TARIKH 16 Jun 2015 (Selasa) dipilih Wikipedia, enjin pengumpul maklumat Internet sebagai tarikh pembubaran Pakatan Rakyat, gabungan parti pembangkang PAS-PKR-DAP selepas ditubuhkan pada 1 April 2008 menjelang Pilihanraya Umum (PRU) 12. Selama tujuh tahun pakatan pembangkang ini dibentuk bermula daripada pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima hinggalah ke era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, tidak dapat dinafikan ia membawa lanskap politik baru kepada Malaysia. Disebabkan gabungan parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat, ia membawa kepada ‘turunnya’ Tun Abdullah sebelum tamat mandat penggal pemerintahannya, apabila memikul tanggungjawab sebagai pemimpin terhormat Umno selepas Barisan Nasional (BN) apabila parti buat pertama

Read more

Siasatan PAC-1MDB Adalah Untuk Rakyat Melebihi Kepentingan Mana-Mana Individu atau Parti

APABILA  semua 13 ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia sebulat suara bersetuju untuk memulakan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 30 April lalu, saya selaku Pengerusinya sedar betapa prosiding berkenaan akan menjadi tumpuan bukan sekadar seluruh rakyat Malaysia malahan juga di peringkat antarabangsa. Dengan pelbagai liputan serta komen yang dibuat pelbagai pihak mengenai hutang berjumlah RM47 bilion yang ditanggung 1MDB ini, PAC sebagai sebuah jawatankuasa bipartisan yang wujud di bawah Parlimen Malaysia perlu menjalankan siasatan dengan adil, telus serta berakauntabiliti. Tidak dinafikan dengan keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada lapan ahli daripada Barisan Nasional (BN) dan lima

Read more

Sedarlah Umno…Rompin dan Permatang Pauh Sudah Beri ‘Isyarat’ Berjaga-Jaga.

TAHNIAH kepada Datuk Hasan Ariffin dan Datin Seri Wan Azizah selepas dua calon veteran ini yang berusia 60 tahun ke atas, masing-masing mencatatkan kemenangan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh. Nampaknya, pengundi di Rompin dan Permatang Pauh jelas memberikan isyarat calon muda yang ditampilkan Pas di Rompin, Nazri Ahmad, 40, dan Suhaimi Shabudin, 44, daripada Barisan Nasional (BN) tidak semestinya menjadi kriteria utama dalam memilih wakil rakyat di kawasan majoriti Melayu luar bandar. Apa yang pasti kedua-dua PRK ini yang dilangsungkan selang sehari antara satu sama lain, sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran kepada parti pemerintah dan pembangkang mengenai sikap

Read more