Cakap Biar Serupa Bikin

Minggu lalu, kita menyaksikan pembentangan siri kedua Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013, selepas siri pertama dibentangkan pada Mac lalu sekaligus membuktikan janji terhadap transformasi pentadbiran kerajaan untuk pembentangan LKAN sebanyak tiga kali setahun. Walaupun, ramai yang skeptikal terhadap pembentangan LKAN kerana masih terdapat pelbagai kelemahan yang terus diutarakan dalam laporan berkenaan dilihat terus berlaku, tetapi mereka berkenaan perlu sedar bahawa perubahan sebenarnya, memerlukan masa. Saya tidak mahu memberikan alasan terhadap semua isu terutama sekali yang berkaitan dengan soal ketirisan dalam LKAN namun mahu menegaskan bahawa isu yang dilaporkan dalam laporan berkenaan sememangnya memerlukan perhatian serius bukan sahaja di peringkat

Read more